Pages - Menu

Monday, 22 June 2015

Sebulan di PMO Carigali Sdn. Bhd.


Assalamualaikum, alhamdulillah dah nak lebih sebulan aku intern di PWI (Penisular Well Intervention), bagi aku inilah department yang paling happy, ceria and aktif. Dalam sebulan ada lah jugak lebih dari 5 kali aku ke KSB(Kemaman Supply Base) untuk kenal tools training.
So kali ni aku ke Wetherford kat KSB phase 2.





Ni laa aku, besama dengan Well Service engineer.
p/s: Nama pun sama... Afiq jugak





Hari pertama pakai coverall Petronas. Muka exited habis..








Masing2 exited nak ke Weatherford 






Kat sini apa-apa hal kita kena attend safety briefing dulu, Even benda simple pun dia highlightkan.
Bagus kan? Sebab tu accident sangat jarang belaku kat sini even area penuh dengan instument merbahaya.





Thats it, safety briefing pun dah abis jom laaa ke warehouse Weatherford!!







Banyak benda nak tunjuk time kitaorang training dalam weatherford tapi sebab privacy untuk company, aku tak letak laa gambar untuk public. Sorry...










Masa training pun dah habis, jom laa kita mulakan sesi syok sendiri bergambar.







Wednesday, 27 May 2015

Gambar PETRONAS


Dalam post kali ini aku akan cerita tentang offshore dan onshore.
Ofshore maksudnya laut, seperti mana offshore oil rig ianya bermaksud rig terletak di tengah-tengah lautan. Manakala onshore membawa maksud yang berlainan iaitu daratan.

So kali ini aku letak sedikit gambar-gambar yang aku dapat dari gallery PETRONAS. 

OFFSHORE


ENP Gemusuk KAKAP


ANGSI Platform












ONSHORE












PETRONAS FLNG

FLNG bermaksud Floating Liquefied Natural Gas (FLNG), operasi yang menggunakan teknologi yang direka bentuk untuk membolehkan pembangunan sumber gas asli luar pesisir. 
Atau dalam bahasa yang lebih faham ialah kita ambil terus gas dari laut, then kita tukarkan ke bentuk liquid untuk memudahkan transporation. Selepas itu, ia bersedia untuk di edarkan ke mana-mana client yang membeli. Semua itu dia process dan dibuat atas kapal tanpa mendarat di tempat penapisan@onshore. 




Monday, 25 May 2015

Minggu Pertama INTERN !

Alhamdulillah dah seminggu aku start Intern kat PETRONAS Carigali Sdn. Bhd.
PETRONAS Carigali. sebenarnya ada 3 cawangan Kertih Terengganu, Sabah, dan Sarawak. Di kertih dipanggil PMO iaitu Penisular Malaysia Operation, sabah SBO(Sabah Operation) dan last sekali SKO (Sarawak Operation).

So aku kali ini bakal menghabiskan internship aku selama 8 bulan di PMO.


Tiap-tiap hari aku travel lebih kurang 45km dari rumah aku ke kerteh.
So kalau 5 hari bekerja mau jugak cecah 450km



Wednesday, 8 April 2015

PETRONAS Internship Placement

Assalamualaikum,

Panggilan misteri: Boley saya bercakap dengan Encik Amirul Afiq?
Aku: Ya saya.
Panggilan misteri: Saya Cik **** dari HRM Petronas CariGali Kerteh.Kami dah semak resume cik dan kami dah hantar surat confirmation ke UTP..
Aku: Maksud Cik **** saya dapat ke praktikal kat Petronas??



Alhamdullillah lagi sebulan sebelum aku dapat menghabiskan semester terhakhir aku sebelum intern, aku dapat call dari Carigali PETRONAS, Kerteh.


Perasaan aku tersangatlah gembira sebab memang dari sekolah menengah lagi aku nak sangat peluang menjadi engineer di PETRONAS(pengaruh sepupu). Kali ini alhamdulillah Allah SWT memberi aku peluang menjadi salah seorang staff PETRONAS walaupun hanya untuk sementara (8bulan).

Untuk kepada yang nak tahu sangat macam mana offer letter PETRONAS dengan baik hatinya aku akan tunjukkan ke korang. 
PETRONAS Internship Offer Letter

So beginilah rupa dia, maaflah aku terpaksa tutup benda2 penting sebab data-data tu sensitif. Aku dapat Department Well Intervention (PWI). Sikit pun aku tak ada idea apa job aku kat sana nanti, so after google sikit-sikit maka dapatlah idea sedikit sebanyak. 

" Well intervention is the ability to safely enter a well with well control for the purpose of doing a number of tasks other than drilling."



Lebih kurang macam ni lah hasil dia. Yang tambah memeningkan aku ialah aku study IT kat UTP tapi  dapat deptment well.  So aku trylah tanya serba sedikit jobscope aku dengan bakal supervisor aku. Aku diberitahu yang aku bakal terlibat dengan computer/sofware in well intervention. Begitulah explaination yang aku dapat. 

So cenginilah yang terbayang dalam kepala aku


So insyallah nanti dah masuk kerja 1st day aku akan update lagi. Mana-mana yang still lagi mencari tempat untuk intern SEMOGA BERJAYA aku doakan...














Tuesday, 9 April 2013

Spirit

Few more weeks before i becoming a second year student in UTP. When I am in one of UTP's student body which is RCSU what I see is lot of my seniors going to internship at Petronas Group.




Seriously I jealous, and hopefully become like them someday...  Unfortunately my first year first semester result really bad, and it keep haunted me. It drag me until my final year... Only one thing that I can do is strive 200% in order to cover back my last result...  Insyallah..









Sunday, 7 April 2013

Trip to Bandung Indonesia (Day 4)


                  So hari ini adalah hari terakhir aku di indonesia. Masa untuk check out!!





Gambar terakhir di guest house bandung




Tu Teddy Bear kiriman adik aku tu...~




Next kitaorang pergi ke Factory Outlet atau dikenali F.O. Area disini dipenuhi dengan barangan-barangan berjenama and murah kalau nak di comparekan dengan Malaysia. Tetapi bagi aku takde la best sangat sini, sebab aku sebagai student takkan nak beli kot barang harga ratus-ratus.












Sementara menunggu budak-budak perempuan shopping, aku pergi mengisi perut ku yang kosong ini.  Jalan punyer jalan terjumpa Ice-cream Durian. So apa lagi Jejum try..!!







Rasa dia ok, juz letak aiskrim berperisa durian + sebulas durian deletakkan dalam tu + cokelat..~ Harga dia hanya RM 1.00. Murah bhai... So bila dah habis aku sambung pulak jalan-jalan cari makan aku. Next aku jumpa gerai mee sup. So apabila tengok menu dia, aku memilih Mee hoon Sup Telur tenggiri. Aku main pilih je nie actually~






Telur tenggiri yang digoreng~


Bila dah siap~ jeng3..! Maka tiba masa untuk makan!!!


Selepas itu aku pun berhenti pulak ke kedai membuat rempeyek tak silap.