Pages - Menu

Saturday 23 February 2013

Trip To Bandung Indonesia (Day 3)


So Hari ke-3 kitaorang besiap sedia untuk Shopping!!!








Nama kedai dia aku tak tahu sangat tetapi yang aku tahu bayak barangan kulit di sini. Kaum-kaun ibu konfim menggila punya...








Setiap kali nak masuk ke mana-mana kedai korang akan diberi stiker ala-ala macam nie. Mean warna kuning 20%, merah 10%... Camtu la kot...








Nak masuk tandas pun teragak-agak sebab sekali masuk kena 2000. Padahal dalam RM ala-ala 30 puluh sen je...






Yeah ini aku dengan Kak Aishah!!




Masa untuk Lunch!! Macam biasa Nasi Padang~ Favourite kitaorang....~





Pergi mana-mana mesti akan jumpa Nissan Jukebox nie~














Aku respek jugak dengan warga indonesia, diaorang kretif untuk menjana pendapatan..~










So destinasi seterusnya Pasar Baru~ Sini murah dia berganda-ganda dari Malaysia. Salah satu contohnya, aku beli telekung untuk mak aku di mana kat Malaysia bernilai Rm150++ (sumber abang travel) dan kat Pasar Baru nie RM60 je~











Baju untuk cendera hati Indonesia pun hanya berhaga RM5 sahaja sehelai.












Masa untuk balik sangatlah menyasakkan, kerana terdapat ramai peminta sedekah.







Ni aku beli Celdon Bandung namanya.. Dalam ada hirisan cempedak~ Syok woo....






So next makan malam kitaorang pergi makan kedai mana ntah. Makanan pelik, Ikan goreng, Sup (ada cendawan, jagung), tapi pape belacan dia syok!!










So before balik esok aku beli beberapa makanan-makanan orang bandung nie. Pisang salai nama dia.






Seterusnya aku merasa sejenis minuman nama dia Es Pisang Hijo. Fuh Bez kot! Wajib beli if pergi bandung~ 

 Pisang dia potong then letak ramuan macam Air Batu Campur (ABC).  Memang manis.. Sekali sekala ok laa... Kalau hari-hari konfim diabetis~





Jeng2...~ inilah hasilnya... ~ Es Pisang Hijo hanya RM2~ Sangat murah~






Kedai kat bandung sangat low profile. Gerai dia kecil-kecil sahaja~



Next aku try Nasi Gila~  Hahaahaha~ Nama Gila diberi kerana pedas yang terlampau~







After makan nasi, aku pekena murtabak telur, gedabak besar!! RM2 plak tu~









Sebelum tido aku pekena mee bakso pulak~ Fuh bedesup pedasnya~





Memang kenyang tahap sampai 2 bulan tak makan pun ok lagi~
Sambung hari ke-4 pulak yee...~




Trip To Bandung Indonesia (Day 2)

                So keesokan harinya kitaorang bersiap untuk pergi ke Institusi Teknologi Bandung(ITB). Pakaian bersiap ala-ala korporat kerana mewakili UTP dan perlula tunjukkan personaliti yang kemas. 



Jalan ke ITB sangat laa sibuk dan skill untuk memandu yang diperlukan sangat laa tinggi~



So aku incharge dalam presentation masa ITB-UTP ini



Suasana sekitar ITB. Cuaca sana sangatlaa nyaman...



 Ini adalah karipap yang kami makan disana, intinya diganti dengan taugeh dan lobak merah. bagi aku makanan orang indonesia sangat sihat.




Ini pula adalah lunch kitaorang di ITB. Apabila tengok kotak dia perghh... Protokol giler.. 


Ayam kampung, sohoon, keropok mesti wajib ada x kira lunch, dinner ataupun sarapan. Sihat kan makanan diaorang.



 Yeah this is me with background at ITB. Bangunan sana sangatlah ala2 zaman lama tetapi unik.





Ok serang masa untuk ronda-ronda bandung. Setiap kali ada lampu isyarat pasti ada pondan-pondan dan peminta sedekah.





So next kitaorang pergi lunch nasi Padang...





Aku puji cara pemakanan orang indonesia nie. Mesti ada air kosong & ayam kampung. Murah pulak tu...





Pada waktu petangnya kitaorang pergi ke Pusat Panti Asuhan. Dimana anak-anak yatim ditempatkan.


So sana kitaorang ada sesi bersama anak yatim... Salah satu sesinya adalah lukis impian korang. So aku lukis impian aku iaitu mahukan Ferrari sebagai koleksi kereta aku. Amacam? Sama macam Ferrari 458 x?






After dah otw nak pergi dinner kitaorang lalu satu jambatan tu, design dia sebijik macam Putrajaya tetapi apabila pemandangan di tepi nyaa..... Setinggan...




So nest destination aku singgah di Toko 3. So kalau korang suka pakaian berjenama sangat laa aku syorkan korang shopping sini. Semua murah-murah, baju mercedes ori around RM60 je, if kat Malaysia RM200++.




Itu sahaja untuk hari ke-2. Esok adalah hari untuk full time Shopping!!!