Syarat-syarat menyertai INSEP
Program Peningkatan Kemahiran Industri atau nama pendek nya , INSEP adalah sebuah program
inisiatif kerajaan untuk meningkat kan keupayaan dan kemahiran para pemegang diploma dan
ijazah dimana mereka akan dilatih di pusat latihan terpilih dan mendapat job on training di
sesi akhir latihan. Sekiranya tiada kerja selepas tamat belajar, tiada pekerjaan tetap, atau
ingin meningkatkan kemahiran diri, maka sertai lah INSEP
Ini adalah syarat-syarat untuk mengikuti INSEP pada tahun 2015. Syatat ni ditetapkan oleh pihak
Perbadanan Tabung Pembagunan Kemahiran (PTPK) yang menaja program INSEP ini. Program
adalah sepenuh masa. Sepanjang mengikuti kursus, elaun bulanan sebanyak RM500 akan diberikan.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur di antara 15 hingga 35 tahun pada tahun latihan dijalankan.
- Mengikuti program latihan kemahiran sepenuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan.
- Mengikuti latihan di Penyedia Latihan yang diluluskan oleh Perbadanan.
- Berasal dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM 10,000.00 sebulan.
- Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada mana-mana agensi kerajaan yang lain untuk mengikuti program ini.
- Pemohon hendaklah mengemukakan seorang penjamin (Ibu/ Bapa/ Suami/ Isteri/ Penjaga yang sah) selepas diluluskan pembiayaan latihan kemahiran
- Pemegang diploma atau ijazah. Tak kisah CGPA.
Jadi kepada graduan yang telah tamat belajar diploma atau Ijazah dalam mana-mana bidang
boleh memohon untuk sertai kursus INSEP ini. Terdapat banyak kursus yang ditawarkan bagi setiap
penyedia latihan tetapi tarikh bermula nya kursus dan masa kursus adalah berbeza mengikut penyedia
latihan. Yang penting ia adalah percuma kerana ditaja PTPK. Tapi harus diingat, hanya boleh sertai
program/kursus INSEP ni sekali je seumur hidup anda..
Had umur peserta bergantung pada sesetengah penyedia latihan. Ada yang letak tak lebih umur 25 tahun,
jadi ada sesetengah penyedia latihan ada had umur masing-masing. Ada penyedia latihan yang sediakan hostel,
dan ada yang tidak sediakan... Pilihan ditangan anda.
Penyedia Latihan ( Klik link to access website )
Tapi sekiranya pelatih tidak menamatkan latihan, tindakan akan diambil iaitu
1.. INSEP : Penalti sebanyak RM20,000.00 atau sebahagian
tapi ada pengecualian penalti iaitu
i. Meninggal dunia
ii. Menyambung pelajaran
iii. Mendapat pekerjaan
Tapi diantara tempat latihan yang famous adalah Pusat Pembagunan Tenaga Industri Johor ( PUSPATRI). Sebab kursusINSEP(PUSPATRI) yang ditawarkan agak menarik seperti SHO, Plant Inspection Managment ( Belajar ttg API), NDT, Welding Inspection,Calibration Instrumentation,Oil & Gas Electro-Mechanical and Instrumentation... etc..
Selalunya kursus yang top adalah Safety Health Officer, NDT(PCN) Inspector, Welding Inspector, Underwater Inspection, Plant Inspection (API), Painting and Corrosion Inspector.. Kursus ni, selalunya akan ada interview dulu sebab selalunya bilangan yang memohon adalah agak ramai.. Kalau kita nak amik kursus ni kat luar, harga kursus ni mahal, jadi kalu nak kemahiran ni, sertai INSEP la jawapannya. Percuma je..
Jadi buat la pilihan yang terbaik.. Hubungi pihak penyedia latihan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan dan waktu pengambilan bagi setiap kursus.. . Inilah caranya untuk membezakan diri anda dengan graduan yang lain, kerana disini anda akan belajar kemahiran.
Permohonan adalah secara online, jadi masuk ke website penyedia latihan, dan apply untuk kursus yang berminat. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Ok. Semoga dapat berjumpa anda disana. Elaun bulanan sepanjang kursus berlangsung akan diberikan, jumlahnya adalah RM500 setiap bulan.
( Klik label "kursus percuma" atau "kursus untuk siswazah" untuk maklumat kursus lain selain INSEP)
Sebarang pertanyaan, sila comment dibawah.. Saya akan cuba menjawab sekiranya berkesempatan..
Terima kasih kerana membaca..
-http://nurmuhamad89.blogspot.my/2015/04/syarat-syarat-menyertai-insep.html?m=1
No comments:
Post a Comment