Pages - Menu

Monday 21 December 2015

Apa itu OPAC?


Apa itu OPAC?
OPEC itu adalah Organization of the Petroleum Exporting Countries yang terdiri dari Iran, Iraq, Kuwait, Saudi Arabia and Venezuela.













Harga minyak dunia jatuh lagi selepas meeting OPEC yang gagal mencadangkan solusi memotong keluaran minyaknya, punca lebih besar adalah disebabkan kedegilan syarikat Amerika (shale producers seperti Continental Resources and Whiting Petroleum) yang ingin tetap mengeluarkan lebih dari kebiasaan sehingga menyebabkan Amerika telah mengeluarkan lebih 80% tong minyak lebih dari kebiasaan sehingga menyebabkan jumlah bekalan minyak dunia terlebih berbanding permintaan sekitar 1.8 juta tong sehari pada suku ketiga tahun 2015.

Selain Amerika, Russia, Mexico, Norway juga menyumbang minyak berlebihan dalam pasaran dan enggan kurangkannya. Namun Amerika TIDAK KISAH kerana mereka hanya gunakan minyak keluarannya untuk domestik sahaja. Syarikat pengeksport minyak akan terkena teruk
Bajet Malaysia mengambil kiraan USD 48 untuk satu tong dalam mengira anggaran pendapatan PETRONAS dan royalti kerajaan, namun hari ni harga per barrel hanyalah USD 36.88 bagi Brent Crude Oil dan USD 34.73 bagi WTI Crude Oil. Terdapat keungkinan Semakan Bajet Negara akan diperlukan jika keadaan ini berterusan, kerana anggaran pendapatan negara akan berkurangan.

Sebagai orang biasa, pastinya kita mengharapkan harga petrol untuk kegunaan harian akan turun selaras dengan penurunan harga minyak, agar dengannya kos-kos perbelanjaan harian boleh terimbang dengan kos-kos yang naik.
Federal Reserve USA pula telah menaikkan kadar faedah ke 0.5 % yang mengakibatkan nilai ringgit akan turun lagi. Proton pula sedang menimbang untuk menaikkan harga kereta mereka disebabkan rendahnya nilai ringgit ini. Fitch Ratings pula telah menurun ratings (penarafan) bank-bank Malaysia untuk tahun 2016. Juga dibimbangi memberi kesan pinjaman semakin kurang diluluskan dan harga yang dikenakan kepada pelanggan mungkin akan naik.
Hasil keadaan di atas, sebahagian pekerja mungkin akan diberhentikan...hampir ratus ribu pekerja di seluruh dunia dari pelbagai syarikat berkaitan minyak telah diberhentikan hanya kerana rendahnya harga minyak. Di Malaysia tidak terkecuali dan bukan hanya terhad kepada syarikat berkaitan industri minyak sahaja.
Semua kesan hal ini jika belum sampai kepada individu, namun akan sampai justeru perlu bersedia & mencari jalan berhadapan dengan suasana ekonomi lebih mencabar tahun 2016 nanti. Tiada nasihat dan kata magis yang mampu menyelesaikan masalah ini dalam tempoh singkat.

Thursday 17 December 2015

Kenapa harga minyak dunia jatuh?


Harga Minyak Dunia Terus Jatuh. Syarikat Industri Minyak Mula Buang Kerja, Syarikat Henti Pengambilan dan Tidak Sambung Kontrak!


Tindakan kartel minyak dari OPEC yang masih kekal untuk tidak mengehadkan pengeluaran minyak akan memberikan igauan ngeri kepada kerajaan Malaysia, pemain industri minyak dan syarikat gergasi minyak dunia, tetapi memberikan khabar gembira kepada syarikat yang eksport produk ke luar negara contohnya.
Jikalau anda mengikuti laporan Berita Semasa sebelum ini, melihatkan situasi hari ini tidak mustahil harga minyak dunia akan turun sehingga ke paras USD20 setong seperti ramalan Goldman Sach.
Hari ini harga minyak dunia telah jatuh ke paras US$35 setong, satu angka tidak sama sekali dijangka oleh pakar ekonomi dan pakar minyak sekalipun.
Melihatkan situasi hari ini, kakitangan dan pekerja swasta di syarikat berkaitan dengan minyak tidak senang duduk dan panas punggung.
Berdasarkan makluman dan info yang Berita Semasa terima telah mula pekerja yang bekerja dnegan syarikat yang berkaitan dengan industri minyak kena berhenti kerja, ada yang tidak disambung kontrak, ada yang terima notis 24 jam dan manakala yang memasang impian untuk bekerja di industri minyak akan menghadapi kesukaran dalam suasana tidak menentu sekarang ini.
Schlumburger
TechnipRanhil
-WorleyParson
KLAker Solution
Petrofac – Rnz
Shell
Petronas,
Scomi
dan UMW telah mula hentikan pengambilan baruMurphy oilMMHE tidak sambung pekerja kontrak seramai……


Industri minyak dan gas memang tengah dalam kemelesetan sekarang. Harga minyak turun sangat banyak. Ini disebabkan faktor :
Faktor Minyak Dunia Terus Jatuh?
ada lebihan pengeluaran disebabkan Amerika Syarikat sudah boleh keluarkan minyak sendiri.Persatuan Pengeluar Minyak Sedunia (OPEC) tidak mahu kurangkan pengeluaran untuk stabilkan harga.Jadi, asas kepada ekonomi akan berbalik kepada bekalan dan permintaan.Apabila bekalan berlebihan, permintaan pun menurun. Maka, harga pun menurun.Apabila harga minyak menjadi lebih murah, jadi tidakk berpatutan kepada syarikat minyak untuk berbelanja lebih untuk cari gali minyak dan mengoperasikan pelantar minyak.

Kos untuk cari gali tidak berubah, tetapi keuntungan berkurangan. Untuk mengekalkan keuntungan syarikat, jadi mereka akan buang apa-apa yang berlebihan termasuk buang pekerja. Jadi, pekerja-pekerja yang terlibat dalam pemberhentian kerja di tempat yang kurang bernasib baik pada waktu-waktu seperti ini..

Ramai yang menjangkakan lebih ramai pekerja dalam industri minyak dan gas akan terkesan dengan pemberhentian kerja. Kepada yang masih bekerja, bersyukurlah. Yang baru hilang kerja. Insyaallah ada rezeki di tempat lain. Mungkin Allah akan sediakan yang lebih baik untuk anda. Amin.
P/S : Semoga kalangan yang berada pada gambar di bawah ini, semoga diberikan kekuatan untuk menghadapinya..
Via-BS
____________________________________
DATA-data ekonomi sehingga Jumaat 4/12/15....
1. Technip laid-off 600 . Dpt surat last week.
2. Ranhil-WorleyParson KL retrenched 120 org, Aker Solution dah laid-off 40 orng.
3. Petrofac-Rnz nak retrench 100.
4. Shell decided to lay-off 200 sbb projects to be stopped.
5. PETRONAS, SCOMI, UMW stop hiring.... The list is continuing.
6. Murphy retrenched 80 people.
7. RnZ Petrofac soon.
8. MMHE will discontinue the contracts of 800 employees.
9. PETRONAS is planning to do the same very soon.
10. It is estimated at least 7000 - 8000 people are out of jobs now from Oil and Gas industry. More to come
Kpd yg msh ada kerja, bersyukurlah... Yg baru hilang kerja.. Ada rezeki kat tempat lain... Mungkin Allah sediakan yg lbh baik..