Pages - Menu

Wednesday, 15 July 2015

Xiaomi MI5 vs OnePlus 2: Mana lagi bagus?





Xiaomi dan OnePlus semakin meluas dalam ruang telefon pintar premium bajet di kalangan syarikat-syarikat lain seperti Lenovo, Motorola dan banyak lagi. Sekali lagi, kedua-dua gergasi teknologi China akan menguji nasib mereka dengan model baru, yang dijadualkan akan dikeluarkan bulan ini. Untuk menjual lebih banyak antara satu sama lain, Xiaomi dan OnePlus akan memastikan Mi 5 dan OnePlus 2 mereka dibuat dengan teliti.

Pelancaran rasmi masih masih belum diumumkan, namum sedikit sebanyak spec telah pun diketahui.

Paparan
Xiaomi dijangka menggunakan paparan 5,2 inci, manakala OnePlus 2 akan disajikan dengan lebih besar skrin 5.5 inci. Resolusi skrin pada kedua-dua telefon ditetapkan pada 1440x2560 piksel dengan kepadatan piksel 554ppi pada Mi 5 telefon pintar dan 540ppi dalam OnePlus 2.

Menurut laporan baru-baru ini, Mi 5 telefon pintar akan dilindungi oleh Gorilla Glass 4 dan tepi ciri 2.5D.

Cip pemprosesan
Walaupun terdapat percanggahan mengenai pemproses yang akan menjalankan Xiaomi Mi 5 telefon pintar, OnePlus telah mengesahkan bahawa telefon pintar merekan akan datang dengan Qualcomm Snapdragon siri 810 v2.0. Xiaomi Mi 5 akan menggunakan cip Snapdragon 810 atau Snapdragon 820.

RAM
OnePlus telah disahkan 4G LPDDR4 RAM untuk siri yang akan datang manakala Xiaomi belum mengakui kewujudan Mi 5. Khabar angin yang mengisyaratkan bahawa Xiaomi Mi 5 juga mungkin menggunakan 4GB RAM dalam 16GB dan 64GB varian bersama-sama dengan slot kad microSD. Di samping itu, OnePlus 2 akan mengeluarkan 64GB penyimpanan.



Kamera
Kedua-dua telefon dijangka menggunakan sensor kamera pr

emium.Xiaomi Mi 5 dilaporkan akan membawa kamera belakang 16-megapiksel  dan kamera depan 6-megapiksel, manakala OnePlus 2 akan menggunakan kamera utama 16MP dengan persediaan dwi-kanta.

Bateri
OnePlus 2 akan disertakan pek bateri 3,300mAh untuk memberikan bantuan tambahan kepada penggunaan harian. Ini telah disahkan oleh syarikat dalam pra-pelancaran OnePlus 2. Xiaomi Mi 5 bateri dilaporkan akan berenang untuk 3,030mAh dari 3,080mAH disertakan dalam Mi 4.

Bonus
Pertandingan ini tidak berakhir dengan ciri-ciri komputer terkini, tetapi gergasi teknologi akan berusaha keras untuk menunjukkan dedikasi mereka kepada telefon masing-masing. Kedua-dua telefon pintar perdana dijangka membawa teknologi pengimbas cap jari. Di samping itu, OnePlus telah mengesahkan bahawa telefon mereka akan datang dengan C port USB Jenis dan rangka logam.









Sunday, 12 July 2015

Sakit badan selepas bersenam



Antara cabaran apabila memulakan senaman setelah rehat yang panjang ialah sakit badan. Kalau dalam bahasa saintifiknya ialah "delayed onset muscle soreness (DOMS)". Kalau dalam bahasa kita, sakit badan atau otot selepas bersenam. Sepanjang pengalaman aku bersenam selama beberapa bulan ni, kadang kala rehat dan malas-malas, bila nak start semula bersenam kena jangka perkara seperti ini akan berlaku.


Aku teringat pepatah omputeh "No Pain No Gain". Ada benarnya bila dikaitkan dengan senaman. Sakit badan ni sebenarnya adalah 'nikmat' bagi diri aku. Walaupun ikhlas aku katakan, aku tidak suka sakit badan. Aku suka bersenam waktu malam dalam pukul 9-10 malam. Sebab waktu siang aku balik lewat dari kerja. Siang-siang nak bersenam  agak malas sedikit, kerana waktu petang aku agak lapar dan letih, biasanya aku malam dahulu sebelum bersenam.

Sakit badan selepas bersenam jangan pula tersilap dengan kekejangan sewaktu bersenam atau "cramp". Yang tu adalah sangat berbeza dengan sakit badan selepas bersenam. Ok, kat sini aku nak terangkan secara ringkas pasal DOMS atau sakit badan ni:

Bilakah ianya berlaku:
Biasanya ia berlaku selepas 12 jam selesai membuat senaman. Ianya tidak berlaku sewaktu membuat senaman, bahkan aku tidak rasa sakit apa-apa pun kat badan setelah selesai membuat senaman. Sakit akan mula dirasai selepas 12 dan akan berakhir 2-5 hari bergantung kepada ketahanan kita. Kalau yang newbie baru nak start sentuh dumbbell tu, biasanya akan terjelepek kat atas katil laa selama 5 hari. Paling lama sakit badan aku rasai ialah hampir 4 hari, dan paling singkat ialah 1 hari sahaja.

Kenapakah ia berlaku:
Ianya dipercayai akibat koyakan kecil dan sangat halus (mikroskopik) pada otot kita. Koyakan itu akan diperbaiki oleh sistem tubuh kita dan apabila kita sudah sembuh, otot kita akan semakin kuat dan besar. Alaaa, macam cerita dragon ball laa, Son Goku, kalau training lagi kuat dan sembuh dari kecederaan ia akan menjadi semakin kuat dan hebat. Mujur tak bertukar jadi gorilla ajolah hahahahaha.




Apakah ianya bermanfaat:
Sebenarnya DOMS atau sakit badan selepas bersenam ini bermanfaat kerana otot kita akan mengalami adaptasi dan akan bertambah kuat. Jangan jadikan alasan sakit badan ini sebagai sebab untuk tidak meneruskan senaman, kerana manfaatnya sangat besar.

Apa beza sakit badan dan kekejangan atau kecederaan yang lain.
Biasanya kekejangan, kecederaan ligamen putus urat, patah tulang; sakit yang datang adalah SEWAKTU senaman berlaku, ianya akibat dari postur atau teknik senaman yang salah. Faktor lain berlakunya kecederaan ini ialah kerana terlebih ego nak angkat berkilo-kilo sedangkan baru hari pertama sentuh dumbbell. Aku pernah mengalami sakit bahu sampai takleh nak ikat kain pelikat sebab ego sangat nak angkat berat melebihi dari sepatutnya. Selepas itu taubat dah, start slow-slow, yang penting jangan cedera, nanti susah nak bersenam semula.

Adakah warm up dapat mengurangkan sakit badan
Warm up dapat mengelakkan risiko kecederaan. Tetapi DOMS atau sakit badan selepas bersenam tidak dapat dielakkan, kecuali kita buat senaman yang tidak meletihkan, tidak lapar dan dahaga iaitu senaman mulut (mengumpat).

Apakah rawatan
Setakat aku baca, kalau tak tahan sangat sakit badan, digalakkan ambil panadol ajo. Cara lain ialah urut dengan minyak angin, letak ais. Tapi sepanjang pengalaman aku, isteri aku ajo yang tolong urut. Kalau aku balik rumah mertua, ada kerusi urut, tumpang sekaki kat situ. Elakkan mengambil ubat NSAID kerana ia akan menyebabkan penyembuhan otot terbantut dan tidak menjadi kuat. Ada juga aku terbaca boleh guna 'roller foam'. Tapi aku rasa tak perlu pun, picit-picit ajo dengan tangan, sehari dua settle la sakit.



Kesimpulannya, sakit badan selepas bersenam ni bagus hehehehe, sebab ia membuktikan senaman kita tu adalah berhasil, dan yang pasti tubuh kita menjadi semakin kuat selepas ia sembuh. Ada orang kata ianya menyumbang kepada afterburn effect dimana pembakaran lemak akan berlaku sepanjang otot kita sakit tu. Wow! itu membuatkan aku lebih teruja untuk bersenam.






Monday, 6 July 2015

[Movie Review] Terminator Gynisys



Assalamualaikum, semalam aku dah tengok movie Terminator Gynisys. Tetapi cerita kali ini sangatlah menghampakan aku. 

Even IMDB pun bagi rating 7.1/10




Jauh beza dengan rating Terminator 2: Judgement Day







Pada mulanya aku ingat watak antagonis dipegang oleh mamat KOREA ni, rupa-rupanya John Corner sendiri adalah watak jahat. Lolz...




Basically cerita ini dia reset balik jalan cerita dia, Kyle Reese balik semua ke zaman 1984 untuk menyelamatkan Sarah Corner tetapi apabila sesampai saja kat zaman 1984 semua dah berubah. Adegan permualaan cerita ini dilakonkan semula babak Terminator 1.

Kyle Reese travel ke tahun 1984 (gambar 1), Kyle Reese travel ke 1984 dalam Terminator Genisys (Gambar 2)


T-800 datang ke zaman 1984 dalam Terminator 1(gambar 1), T-800 zaman 1984 pada Terminator Genisys.

Dalam Genisys semua Terminator dari 1-3 semua datang serentak pada zaman 1984. T800 dan juga T1000.

T-1000 dalam Terminator 2 (Gambar 1), T1000 yang dilakonkan semua oleh Byung-hun Lee (Gambar 2)

John Corner dalam Terminator 2 vs John Corner Terminator Genisys









Apa yang mengecewakan aku ialah watak John Corner yang selama ini adalah watak yang baik, tetiba datang prequel kali ni memandai Director nak ubah jadi watak jahat, Cerita nya begini, Skynet dah tak tahan asyik kalah, akhir sekali skynet tukarkan John Corner kepada Terminator. Dengan John Corner sendiri datang ke Zaman 1984/2017  untuk bunuh diri dia sendiri dan emak dia.
SINOPSIS CERITA MACAM PUNDEK!!


Inilah John Corner yang aku katakan tersebut, atau dikenali sebagai T-3000.










So dari 5bintang aku mampu bagi 1 sahaja..
1/5